Iklan

Wednesday, June 22, 2011

Perkahwinan dan Anak

Sekelip mata sahaja anakku Adam Muhammad kini berusia 8 bulan. Tak sangka Adam yang dulunya seberat 2.9kg kini dia semakin membesar dengan pelbagai karenah yang kadang kala mencuit hati, walaupon nampak kecik tetapi berat Adam kini sudah mencapai 9.1kg. Semoga Adam Muhammad terus membesar dengan sihat. Bagi merakam setiap detik tumbesaran Adam, aku abadikan dalam potret digital. Kenangan perkahwinan juga boleh di abadikan dalam potret digital yang tentunya akan dikenang oleh setiap pasangan suami isteri.

Di bawah ini sedikit hasil editing gambar outdoor selepas Majlis resepsi adik lelaki aku Mohd Faizul Desa (Angah) bersama isterinya. Aku tak terlibat sangat dalam episod rakaman majlis mereka, kerana sibuk dengan gotong royong (orang jawe panggil rewang). Tugas merakam majlis mereka, digalas oleh jurufoto dari Kuching, Sarawak, yang mana pada waktu majlis disana ,aku tak dapat hadir kerana isteriku baru habis pantang, dan Adam Muhammad yang masih kecil.





LensifaPhotographer masih lagi boleh menerima tempahan jurufoto untuk perkahwinan dan pelbagai majlis dari bulan Julai hingga Disember 2011. Kepada sesiapa yang berminat boleh terus hubungi aku dengan menyatakan nama, no telefon dan tarikh majlis. Tawaran pakej akan diemelkan kepada anda selepas itu atau berjumpa secara bersemuka.

Mohd Fadzly bin Desa
LensifaPhotographer
016-6392939
emel: lensifaphotograper@yahoo.com

1 comment: