Iklan

Wednesday, June 8, 2011

Walimatul Urus

4 Jun 2011 merupakan tarikh keramat bagi adik aku Mohd Faizul Desa. Tamatlah zaman bujangnya dalam usia 29 tahun.

Majlis itu mengingatkan aku pada pesanan mak sebelum aku bergelar suami dahulu. Mak kata, jadilah suami yang baik, yang boleh jadi pembinbing pada keluarga dan rumahtangga. Berkahwin bukan untuk suka-suka, tetapi disitulah bermulanya sebuah erti kehidupan sebenar. Dimana setelah menjadi suami ini, banyak aku kenali erti tanggungjawab yang harus aku pikul, amanah Allah menjaga isteri dan anak aku. Terima kasih mak, kerana selalu mengingatkan along, agar along tidak terlupa dan sesat dalam kehidupan ini..Along sayang mak!!

Kau dibuai mimpi dia berjaga
Kau bersenang dia bekerja
untukmu tiada terbatas
memberi tak minta dibalas

Ingin dibinanya untukmu
kehidupan yang sempurna
punya kekuatan jiwa
punyai maruah

Leterannya dari rasa luhur
menegur sebelum terlanjur
itulah yang diwarisi
pesan ibu terpahat di hati

Beringat-ingatlah berpesan-pesan
untuk kebaikan
marah bukan kebencian
tapi tanda sayang

Engkau semakin dewasa
berjiwa merdeka
sedang ia semakin tua
membilang usia

Disaat kau berjaya
dia tiada berdaya
semoga kau tak lupa
jasa bonda

(jasa bonda - warisan)









No comments:

Post a Comment