Iklan

Wednesday, September 21, 2011

Majlis Perkahwinan Kapten NaZrul Dan DiAna

Ahad, 18/9/2011 Aku telah berpeluang untuk merakamkan majlis perkahwinan pegawai tentera Kapten Nazrul dan pasangannya (Diana). Kali ini, aku ditemani isteri, sebagai Photographer kedua . Hahhahah...aku paksa dia jadi assistant aku, dalam masa yang sama mmg aku nak melatih dia untuk mahir dalam bidang ini juga, walaupun ilmu aku tidak seberapa pandai seperti otai-otai yang lain hehehe......

Ini kali pertama aku shoot wedding pegawai tentera yang melibatkan acara berjalan di bawah pedang atau sword barrel. Memang perasaan gemuruh campur bimbang tetap ada jika aku termiss acara ini. Lagi best pasangan pengantin ni, cukup sporting dan happy go lucky sepanjang majlis sehingga outdoor buatkan aku bertambah semangat.

Tabik spring la kat Kapten Nazrul dapat Diana yang pandai bergaya depan kamera tambah mudahlah jadinya kerja aku. Pantang kalau ade kamera yang menghala ke arahnya Diana cepat-cepat berposing semacam persis model. Nasib baik Kapten Nazrul ni pun sporting gak orangnya layan je arahan aku dan isteri untuk dia berposing dari awal dan akhir majlis.... ok la nanti sambung lagi...editing tak siap ni....layan dulu gambar apa yang ade........






Insyallah kalau siap editing untuk album pasangan ini, aku akan letak kat sini sebahagian...ok la setakat ini saja ek..jangan serik lawat blog ini ek....


Mohd Fadzly bin Desa
LensifaPhotographer
016-6392939
emel: lensifaphotograper@yahoo.com



Wednesday, June 22, 2011

Perkahwinan dan Anak

Sekelip mata sahaja anakku Adam Muhammad kini berusia 8 bulan. Tak sangka Adam yang dulunya seberat 2.9kg kini dia semakin membesar dengan pelbagai karenah yang kadang kala mencuit hati, walaupon nampak kecik tetapi berat Adam kini sudah mencapai 9.1kg. Semoga Adam Muhammad terus membesar dengan sihat. Bagi merakam setiap detik tumbesaran Adam, aku abadikan dalam potret digital. Kenangan perkahwinan juga boleh di abadikan dalam potret digital yang tentunya akan dikenang oleh setiap pasangan suami isteri.

Di bawah ini sedikit hasil editing gambar outdoor selepas Majlis resepsi adik lelaki aku Mohd Faizul Desa (Angah) bersama isterinya. Aku tak terlibat sangat dalam episod rakaman majlis mereka, kerana sibuk dengan gotong royong (orang jawe panggil rewang). Tugas merakam majlis mereka, digalas oleh jurufoto dari Kuching, Sarawak, yang mana pada waktu majlis disana ,aku tak dapat hadir kerana isteriku baru habis pantang, dan Adam Muhammad yang masih kecil.





LensifaPhotographer masih lagi boleh menerima tempahan jurufoto untuk perkahwinan dan pelbagai majlis dari bulan Julai hingga Disember 2011. Kepada sesiapa yang berminat boleh terus hubungi aku dengan menyatakan nama, no telefon dan tarikh majlis. Tawaran pakej akan diemelkan kepada anda selepas itu atau berjumpa secara bersemuka.

Mohd Fadzly bin Desa
LensifaPhotographer
016-6392939
emel: lensifaphotograper@yahoo.com

Wednesday, June 8, 2011

Walimatul Urus

4 Jun 2011 merupakan tarikh keramat bagi adik aku Mohd Faizul Desa. Tamatlah zaman bujangnya dalam usia 29 tahun.

Majlis itu mengingatkan aku pada pesanan mak sebelum aku bergelar suami dahulu. Mak kata, jadilah suami yang baik, yang boleh jadi pembinbing pada keluarga dan rumahtangga. Berkahwin bukan untuk suka-suka, tetapi disitulah bermulanya sebuah erti kehidupan sebenar. Dimana setelah menjadi suami ini, banyak aku kenali erti tanggungjawab yang harus aku pikul, amanah Allah menjaga isteri dan anak aku. Terima kasih mak, kerana selalu mengingatkan along, agar along tidak terlupa dan sesat dalam kehidupan ini..Along sayang mak!!

Kau dibuai mimpi dia berjaga
Kau bersenang dia bekerja
untukmu tiada terbatas
memberi tak minta dibalas

Ingin dibinanya untukmu
kehidupan yang sempurna
punya kekuatan jiwa
punyai maruah

Leterannya dari rasa luhur
menegur sebelum terlanjur
itulah yang diwarisi
pesan ibu terpahat di hati

Beringat-ingatlah berpesan-pesan
untuk kebaikan
marah bukan kebencian
tapi tanda sayang

Engkau semakin dewasa
berjiwa merdeka
sedang ia semakin tua
membilang usia

Disaat kau berjaya
dia tiada berdaya
semoga kau tak lupa
jasa bonda

(jasa bonda - warisan)









Wednesday, May 25, 2011

Dalam kepenatan masih ade ruang

Minggu lepas merupakan minggu yang amat meletihkan bagi aku dan isteri apabila Adam demam dan diserang demam campak selepas itu...Alhamdullilah dengan usaha aku dan isteri Adam kini sembuh dan ceria kembali dalam kehidupan kami. Dalam kepenatan berjaga malam dan melayan karenah Adam, aku sempat mengisi masa sedikit untuk memcuba dan memperbaiki hasil editing beberapa keping gambar dalam simpanan aku. Jom lihat hasilnya.......




Saturday, May 14, 2011

Video Kompilasi pasangan Firdaus dan Fiza

Kepada pasangan Firdaus dan Fiza sebagai menghargai mereka kerana menjadikan aku jurufoto rasmi hari bahagia pasangan ini. Satu kompilasi gambar-gambar mereka aku jadikan video. Ia adalah hasil kreativiti isteri aku Siti Muliyani. Kepada semua yang melayari blog ini ......mari kita enjoy dengan video ini.

Majlis Perkahwinan Firdaus dan Fiza

Sambungan beberapa gambar daripada majlis perkahwinan Firdaus. Selain Firdaus dan Fiza yang diraikan pada hari tersebut turut sama ialah Pasangan Samad dan Ina. Ina merupakan kakak kepada Firdaus yang melangsungkan pernikahan sehari sebelum majlis kenduri diadakan. Menjadikan dua pasangan diraikan pada hari yang sama. Oh ye aku ade join gak amik sebahagian majlis pernikahan dan outdoor pasangan Samad dan Ina.....yang ini tunggu ek ..nanti aku update ok ...enjoy gambar Firdaus dan Fiza dahulu....

Monday, May 9, 2011

Teaser Firdaus dan Fiza

Firdaus dan Fiza adalah pasangan pertama menempah aku sebagai jurufoto majlis resepsi yang diadakan di Dengkil, Bangi. Majlis nikah dan sanding sebelah Fiza, aku serahkan kepada sahabat aku Rahman yang juga pernah menjadi jurufoto majlis aku dan isteri. Di bawah adalah Teaser majlis dan outdoor pasangan ini.

Monday, May 2, 2011

Video Kompilasi Gambar Pasangan Khai dan Rosma


Sebagai tanda penghargaan LensifaPhotographer kepada pasangan Khai dan Rosma, aku letakkan disini kompilasikan beberapa gambar perkahwinan mereka dalam bentuk video. Semoga pasangan ini bahagia dan berkekalan sehingga ke akhir hayat.

Majlis Perkahwinan Khai dan Rosma

2 dan 3 April 2011 merupakan detik bersejarah bagi Khai dan Rosma (bukan pasangan AF) apabila menamatkan zaman bujang mereka. Terdapat kisah menarik yang aku nak kongsi berlaku kepada pasangan ini. Ia berlaku sebelum akad nikah berlangsung...pasangan ini terpaksa berpindah randah dari sebuah masjid ke sebuah masjid sehingga tiga kali dan akhirnya selamat diijabkabulkan di Surau Pejabat Agama Islam Kajang. Walau apa pun ini merupakan halangan pertama bagi mereka...banyak lagi halangan yang perlu di tempuhi dalam kehidupan suami isteri....di bawah terdapat beberapa gambar majlis dan outdoor mereka.








Video Kompilasi Gambar Pasangan Prodip dan Ain


Video ini adalah idea dan hasil kreativiti isteriku sebagai hadiah penghargaan kepada setiap pasangan yang telah memilih LensifaPhotographer sebagai Official Photographer Majlis Perkahwinan mereka. Terima kasih yang tidak terhingga kepada Siti Muliyani Surif yang tidak henti-henti memberikan sokongan kepada aku, dalam usaha memajukan LensifaPhotographer.Disini aku letakkan video perkahwinan 1 Malaysia bagi pasangan Ain & Prodip. Dengan harapan semoga pasangan ini gembira selalu sehingga ke akhir hayat...

Sunday, April 17, 2011

Sambungan Perkahwinan 1malaysia

Selesai sudah Album Custom dan Mock Up pasangan Ain & Prodip.Mereka merupakan pasangan pertama yang memerlukan khidmat aku sebagai jurufoto , terima kasih sebab memberi kepercayaan penuh pada aku untuk merakamkan detik-detik manis mereka. Kerana sibuk dengan kerja hakiki , aku sedikit terlewat menyiapkan album mereka. Inilah cabaran sebagai jurufoto sambilan, tak masuk lagi masalah migrain aku...hehhehe. Apapon Alhamdullillah hari ini semuanya sudah selesai, dan dalam proses printing. Harap semuanya sabar menunggu.Mohd Fadzly Desa
Lensifaphotograper