Iklan

Wednesday, May 25, 2011

Dalam kepenatan masih ade ruang

Minggu lepas merupakan minggu yang amat meletihkan bagi aku dan isteri apabila Adam demam dan diserang demam campak selepas itu...Alhamdullilah dengan usaha aku dan isteri Adam kini sembuh dan ceria kembali dalam kehidupan kami. Dalam kepenatan berjaga malam dan melayan karenah Adam, aku sempat mengisi masa sedikit untuk memcuba dan memperbaiki hasil editing beberapa keping gambar dalam simpanan aku. Jom lihat hasilnya.......




Saturday, May 14, 2011

Video Kompilasi pasangan Firdaus dan Fiza

Kepada pasangan Firdaus dan Fiza sebagai menghargai mereka kerana menjadikan aku jurufoto rasmi hari bahagia pasangan ini. Satu kompilasi gambar-gambar mereka aku jadikan video. Ia adalah hasil kreativiti isteri aku Siti Muliyani. Kepada semua yang melayari blog ini ......mari kita enjoy dengan video ini.

Majlis Perkahwinan Firdaus dan Fiza

Sambungan beberapa gambar daripada majlis perkahwinan Firdaus. Selain Firdaus dan Fiza yang diraikan pada hari tersebut turut sama ialah Pasangan Samad dan Ina. Ina merupakan kakak kepada Firdaus yang melangsungkan pernikahan sehari sebelum majlis kenduri diadakan. Menjadikan dua pasangan diraikan pada hari yang sama. Oh ye aku ade join gak amik sebahagian majlis pernikahan dan outdoor pasangan Samad dan Ina.....yang ini tunggu ek ..nanti aku update ok ...enjoy gambar Firdaus dan Fiza dahulu....

Monday, May 9, 2011

Teaser Firdaus dan Fiza

Firdaus dan Fiza adalah pasangan pertama menempah aku sebagai jurufoto majlis resepsi yang diadakan di Dengkil, Bangi. Majlis nikah dan sanding sebelah Fiza, aku serahkan kepada sahabat aku Rahman yang juga pernah menjadi jurufoto majlis aku dan isteri. Di bawah adalah Teaser majlis dan outdoor pasangan ini.

Monday, May 2, 2011

Video Kompilasi Gambar Pasangan Khai dan Rosma


Sebagai tanda penghargaan LensifaPhotographer kepada pasangan Khai dan Rosma, aku letakkan disini kompilasikan beberapa gambar perkahwinan mereka dalam bentuk video. Semoga pasangan ini bahagia dan berkekalan sehingga ke akhir hayat.

Majlis Perkahwinan Khai dan Rosma

2 dan 3 April 2011 merupakan detik bersejarah bagi Khai dan Rosma (bukan pasangan AF) apabila menamatkan zaman bujang mereka. Terdapat kisah menarik yang aku nak kongsi berlaku kepada pasangan ini. Ia berlaku sebelum akad nikah berlangsung...pasangan ini terpaksa berpindah randah dari sebuah masjid ke sebuah masjid sehingga tiga kali dan akhirnya selamat diijabkabulkan di Surau Pejabat Agama Islam Kajang. Walau apa pun ini merupakan halangan pertama bagi mereka...banyak lagi halangan yang perlu di tempuhi dalam kehidupan suami isteri....di bawah terdapat beberapa gambar majlis dan outdoor mereka.








Video Kompilasi Gambar Pasangan Prodip dan Ain


Video ini adalah idea dan hasil kreativiti isteriku sebagai hadiah penghargaan kepada setiap pasangan yang telah memilih LensifaPhotographer sebagai Official Photographer Majlis Perkahwinan mereka. Terima kasih yang tidak terhingga kepada Siti Muliyani Surif yang tidak henti-henti memberikan sokongan kepada aku, dalam usaha memajukan LensifaPhotographer.Disini aku letakkan video perkahwinan 1 Malaysia bagi pasangan Ain & Prodip. Dengan harapan semoga pasangan ini gembira selalu sehingga ke akhir hayat...