Iklan

Friday, December 28, 2012

Rohani & Zaidan - Felda Soeharto, Proton City Tg. Malim

Assalammualaikum......Bismillahirrahmanirrahim

Sekian lama aku tak update blog ni. Sekadar untuk perkongsian ...Aku share gambar-gambar yang aku ambil sempena perkahwinan kawan lama isteriku. Semoga pasangan ini, kekal hingga ke akhir hayat.









Monday, June 25, 2012

Potret Kanak - Kanak

Bismillahirrahmanirrahim

Aku teringin sangat nak ambil sesi untuk Potret Keluarga ataupun Kanak-kanak. Tapi aku takut tak dapat nak bahagi masa untuk itu semua. Jadi untuk melepaskan keinginan , Putera Kacak dan Isterilah menjadi target utama sebagai modelnya....heheh.



Suatu hari nanti aku harap dapat peluang untuk shoot family potret...














Outdoor Ayu & Anwar - Putrajaya (9-6-2012)

Bismillahirrahmanirrahim


Alhamdulillah bersua kembali. Sejak minggu lepas Aku banyak terlibat dengan event-event yang dianjurkan oleh company. Tiada ruang masa nak update blog. Belah malam biasanya aku habiskan masa edit album client ataupon membuat kerja-kerja opis yang tidak sempat aku siapkan di pejabat. . Mudah-mudahan aku akan terus kuat dan sihat :)

Kali ni aku nak update sesi outdoor majlis perkahwinan antara Ayu dan Anwar yang diadakan di Putrajaya pada 9 June 2012 yang lalu.









Ada beberapa keinginan dan target aku yang belum tercapai lagi sepanjang aku menceburi bidang ini. Mungkin Tuhan itu tahu kemampuan aku takat mana, tetapi aku berharap mudahan-mudahan apa yang aku target akan tercapai suatu hari nanti. Amin.

Bagi pasangan Ayu dan Anwar aku ucapkan selamat pengantin baru dan semoga hubungan ini akan berkekalan hingga akhir hayat kalian.:D Mudahan-mudahan kita boleh bekerjasama lagi...untuk family potret mungkin..;D.


Monday, April 16, 2012

Perkahwinan Nadia & Isma













Alhamdullillah..selesai sudah tugasan menyiapkan tempahan album untuk client kedua Aku untuk tahun 2012 ini. Aku mohon maaf kerana menolak beberapa tempahan sebelum ini. Aku kene pastikan komitmen terhadap kerja utama Aku di opis tidak terjejas. Aku nak jaga kualiti semua kerja-kerja aku termasuk kerja-kerja shoot gambar ni. InsyaAllah usaha Aku untuk mengambil gambar orang-orang biasa dan sederhana akan Aku teruskan mengikut kualiti gambar dan album yang baik berdasarkan kemampuan dan harga yang berpatutan.


Sebagai part time photographer, masih terlalu banyak kelemahan yang wujud dalam diri Aku. Aku amat hargai semua client Aku yang memberikan sokongan dan kepercayaan penuh pada kerja aku ni. Aku akan cuba memperbaiki setiap kelemahan-kelemahan yang wujud dalam diri Aku dari masa ke semasa.


Untuk menyiapkan album Nadia client Aku dari shah Alam ni, Aku terpaksa delaykan seminggu kerana keadaan kesihatan yang tidak memuaskan. Untuk itu Aku ingin memohon maaf kerana kelewatan yang tidak diduga ini, dan Aku juga memohon agar mendoakan Aku dan keluarga berada sihat-sihat selalu agar aku dapat menghasilkan kerja, idea dan album yang terbaik untuk kalian semua.















Note: Mungkin untuk bulan Mei dan June aku tidak dapat menerima tempahan kerana menguruskan urusan perpindahan rumah InsyaAllah. Walaubagaimanapun, boleh buat pertanyaan dahulu, dan aku akan cuba mencari kelapangan mengikut keadaan dan masa InsyaAllah.


Mohd Fadzly Bin Desa

LensifaPhotographer

016-6392939