Iklan

Wednesday, February 16, 2011

Anak anugerah tuhan (part 1)

Bila melihat Adam Muhammad semakin membesar, sejuk hati aku melihat dia tersenyum. Jom tgk gambar anak aku.







Sunday, February 13, 2011

Jalan-jalan di Mid valley

Sebelum sibuk dengan kerja sebagai Event Exec. di TOC dan sebagai jurufoto perkahwinan, elok juga bawa anak dan isteri berjalan-jalan di Mid Valley sambil membeli sedikit barang keperluan. Sambil-sambil itu sempat juga merakam beberapa shoot kat dalam Mid Valley dengan isteri dan Adam Muhammad(anak)










Sempena Maulidur Rasul pada 15hb Februari ini, aku nak ucapkan Selamat Menyambut Maulidur Rasul (1 Malaysia 1 Ummah). Aku sentiasa berdoa agar anak aku Adam Muhammad mencontohi keperibadian Nabi Muhammad S.A.W. AMIN...

Tuesday, February 8, 2011

Balik kampung dan banjir

Wah dah lama tak balik kampung Seri Wangi (Batu Pahat), balik kampung kali ini merupakan yang pertama buat anak aku Adam Muhammad. Tak disangka-sangka balik kampung ketika cuti Tahun Baru Cina hari tu merupakan sesuatu yang mengimbau kenangan tahun 2006, kampung aku banjir....nasib baik banjir kali ini merupakan banjir air lalu (aliran air banjir daripada Segamat turun ke Batu Pahat). Tanpa hujan yang turun air naik sehingga paras atas lutut aku....any way di bawah ade sebahagaian gambar yang aku shoot masa banjir.

Selain shoot banjir kat kampung aku, aku berkesempatan shoot penduduk kampung aku bergotong royong bersihkan kubur.













Wednesday, February 2, 2011

Tambah Ilmu

Dalam kehidupan ini, di sekeliling kita sentiasa ada ilmu baru yang boleh melengkapi diri kita dan orang lain. Pada masa yang sama kita juga perlu memcari ilmu sehingga akhir hayat kita, kerana sepanjang hidup kita terdapat benda baru yang boleh dipelajari.

Aku juga tidak terkecuali untuk menambah ilmu serba sedikit dalam bidang potret perkahwinan. Kursus yang dikendalikan oleh Cikgu Adhadi Mohd (http://adhadimohd.com/) dari Myfotozone Training Centre pada 22hb Januari lepas memang menarik, selain daripada mendapatkan pose yang menarik dan teknik yang baru bagi aku tentunya amat berbaloi dengan apa yang diperolehi. Bermula daripada shoot dalam studio hingga yang outdoor banyak ilmu yang diperolehi. Terima kasih kepada model pada Elfira Rozilan dan Afiq Zakwan.

Jom layan gambar-gambar hasil kursus......























Sempat juga merakam detik shooting outdoor bersama pasangan model ari itu...heheheh....aduhai nampak lak perut tu

Malam di Putrajaya

Alhamdullilah masalah teknikal yang dihadapi telah pun dibaiki dan di atasi. Kini aku kembali untuk foto-foto yang lebih menarik dan cun. Kali ini aku nak bawa korang tengok hasil foto-foto yang aku shoot kat Putrajaya sekitar jam 9.30 malam. Masa ni baru jumpa seorang bakal pengantin yang mahu booking aku untuk majlis resepsi dan nikah serata sanding kakaknya.

Ok la layan la foto-foto di bawah.....sambil-sambil tu komen jugak ek....